Huhu.. dihari Jumaat ni, just wanna share something yang sangat terkesan kat aku dalam pregnancy journey kali ni..
Doa.. Sesungguhnya doa adalah kekuatan orang Mukmin..
Alhamdulillah, aku tak alami sebarang complication throughout this pregnancy. Cuma 1.. baby besar/berat.. Hehe.. kesan daripada mummy yang makan tak ingat donia.. Huhu...
Perasan tak dalam last entry, i was supposed to go for induced procedure on the day he born.. But Alhamdulillah, dengan izin-Nya Iqram was born without me going through the procedure..
Entahlah, honestly, i can't remember the last time aku berdoa bersungguh-sungguh macam ni.. Perhaps, masa Mama masuk hospital last couple of years and masa nak exam dulu2... shame me..
Tapi, bila tau je date nak kena induced, start then aku berdoa supaya Allah turunkan miracle.. Ya Allah, betapa aku malu sebenarnya.. Dahla aku ni bukanlah istiqamah sangat beribadah nih.. nak settlekan yang wajib pun kadang2 lambat, kadang2 kantoi.. Tapi sesungguhnya Allah tu Maha Kaya, Maha Pengampun dan Maha Penyayang...
Aku pun tak ingat last time aku berdoa/solat sampai nangis2 camnih... Masa tu, aku ingat lagi.. Setiap kali aku takut, i'll recite Ayatul Qursi.. Pastu baca Yassin everyday, solat Taubat & Hajat.. Baca doa permudahkan bersalin.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku untuk go through delivery without induced. Alhamdulillah.. syukur sangat.. Aku buat post ni kali ni bukan ada niat apa2.. just to remind me & perhaps you.. yang sesungguhnya Allah tu ada untuk kita.. Ya Allah.. terima kasih atas pemberian ini & janganlah kau tarik nikmat ini dari kami hamba mu Ya Allah... Semoga aku takkan lupa untuk sentiasa bersyukur & berdoa.. Amin..
Friday, October 5, 2012
Kekuatan Doa
Posted by groovy ally at Friday, October 05, 2012
Labels: +Groovy Preggie+
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment